Tips & Rahsia Diet untuk KURUS

Nak kurus bukanlah satu perkara yang sukar.

Semua orang, tidak kira umur, atau pangkat, mampu untuk menjadi kurus, dengan syarat anda mestilah kekalkan disiplin dalam pemakanan seharian serta melakukan senaman sekerap yang mungkin.
Dan dalam artikel kali ini saya akan berkongsi dengan anda
9 CARA BAGAIMANA NAK KURUS.
KURUS 1 – Jangan Berlapar Dalam Pemakanan
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah.
Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasan nya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
KURUS 2 – Ambil Sesuatu Yang Pahit Sebelum Makan
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
KURUS 3 – Minum Sekurang-Kurangnya 8 Gelas Air Kosong Setiap Hari
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
KURUS 4 – Elakkan Minum Minuman Yang Bergas
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan sangat tidak baik untuk kesihatan tubuh.
KURUS 5 – Elakkan/Kurangkan Pengambilan Garam Dalam Makanan Seharian
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
KURUS 6– Jangan Skip Sarapan Pagi
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi?
Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
KURUS 7 – Makan Secara Perlahan-Lahan
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
KURUS 8 – Kunyah Makanan Kepada Cebisan Kecil
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
KURUS 9 – Makan Dengan Kerap Tetapi Pada Jumlah Yang Sedikit
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

NAK KULIT PUTIH GEBU?

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

FREE Review Ebook 70 Formula Rezeki



Full name




Phone #1




E-mail address




Subscribe Unsubscribe









Contributors

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.